Sarah di hari pertama PdPR Semalam bermula sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) untuk tahun 2021. Riuh rendah di media sosial ibu bapa dan guru berkongsi tentang hari pertama sesi persekolahan. Saya juga lebih alert tahun ini. Ternanti-nanti adakah sesi PdPR akan dilaksanakan dengan lebih baik dari tahun lepas. USIA EMAS Sejujurnya saya agak… Continue reading Cerita PdPR 2021
Sambung belajar: Langkah Pertama
Tiba-tiba rasa terpanggil pula nak tulis artikel tentang pengalaman menyambung pengajian di peringkat sarjana khususnya di Universiti Malaya (UM). Moga artikel ini akan menjadi rujukan buat sesiapa yang berhajat untuk menyambung pengajian akan datang. Sebenarnya, saya pun masih belum officially registered. Sekarang ni saya masih tunggu surat tawaran sampai ke rumah. Cuma bila dah… Continue reading Sambung belajar: Langkah Pertama
Pasangan kahwin muda, belajarlah!
Sejak berkahwin, sudah lebih kurang 7 bulan saya dan suami tinggal bersama di rumah ibu bapa saya. Alhamdulillah, Allah kurniakan ayah dan ummi yang sangat memahami. Benarlah, tiada insan yang lebih berjasa dalam hidup kita berbanding ibu bapa. Bayangkan, daripada kecil hingga dewasa mereka menjaga dan mendidik kita. Tanpa mengira sesen pun wang yang mereka peruntukkan… Continue reading Pasangan kahwin muda, belajarlah!
Rumah dipecah masuk!
Setelah memasak, berbuka puasa dan solat jemaah maghrib bersama-sama, suami meminta izin untuk keluar. Itulah kebiasaan suami saya, walaupun pada hakikatnya beliau tak perlu pun meminta izin daripada isteri untuk keluar rumah, tapi atas sikap memuliakan dan menghormati isteri, itulah amalan beliau. Malam itu saya tinggal di rumah bersendirian. Memandangkan suami terpaksa ke Gombak untuk… Continue reading Rumah dipecah masuk!
Khusyuk – Direct lesson from Allah
Selalunya, usai sahaja melaksanakan solat, saya selalu berfikir-fikir. Bolehkah solat saya diterima Allah, dalam keadaan solat yang compang-camping dan hodoh sebegini. Solat yang dilaksanakan dalam keadaan hati yang tidak hadir, solat tergesa-gesa kerana berfikir untuk melaksanakan kerja lain yang menanti dan wuduk yang tidak sempurna. Allahurabbi. Terkadang rasa resah gelisah, seakan-akan ada yang tidak… Continue reading Khusyuk – Direct lesson from Allah
Tamat belajar dan Survive!
"Kehidupan di luar kampus itulah alam realiti." Saya selalu tidak bersetuju bila mendengar kenyataan di atas. Saya selalu mempertikai di dalam hati, alam ketika belajar itu bukan kehidupankah? Saya selalu merungut apabila mendengar pesan dan nasihat seperti di atas. Merasakan kerealitian kehidupan di alam kampus ini seperti dinafikan. Namun setelah tamat belajar, dalam tempoh 2… Continue reading Tamat belajar dan Survive!
SMM dan perjuangan Gerakan Mahasiswa
Terlibat dengan gerakan mahasiswa selama menjadi mahasiswa menjadikan saya membina pandangan alam yang lebih luas. Gerakan mahasiswa bukan saja terdedah kepada politik nasional secara langsung, bahkan entiti ini harus mendepani cabaran-cabaran untuk terus membina gelombang rakyat. Membaca tulisan-tulisan 'pemerhati dan penganalisa politik' gerakan mahasiswa membuatkan tulisan ini hadir sebagai individu yang terlibat secara langsung dengan entiti… Continue reading SMM dan perjuangan Gerakan Mahasiswa
Filem The Lady dan selera anak muda
Sejak melihat posternya lagi, saya menyimpan azam untuk menontonnya. Akhirnya saya dan suami berpeluang menonton filem The Lady. The Lady bukan sebarangan cerita dan ditonton oleh bukan sebarangan penonton. Cerita yang mengangkat tema 'Perjuangan Tokoh Politik' ini merupakan filem yang sangat kritikal, berat malah memberi kesan yang dalam kepada penonton. The Lady, filem berani yang… Continue reading Filem The Lady dan selera anak muda
Doa dan airmata…
Sometimes it just gets too much I feel that i've lost touch... I know the road is long Make me strong 😥
Aktivis Mahasiswa, Faham dan Tin kosong
Hari ini sudah masuk hari kesepuluh saya berada di Dataran Merdeka. Sekarang jam menunjukkan pukul 4.25 pagi. Sebentar lagi jam besar di bangunan bersejarah ini akan berdenting 5 kali, menandakan sudah masuk pukul 5 pagi. Sejak berada di sini, saya memerhati manusia di sekitar. Berbagai ragam, kepercayaan, pakaian, budaya, akhlak dan etika. Tapi kebanyakannya bukan… Continue reading Aktivis Mahasiswa, Faham dan Tin kosong